Monday 6 June 2011

Tujuan PPDa

PENGENALAN
Penagihan dadah di negara ini telah menjadi satu masalah yang serius dan membimbangkan. Ia telah dianggap sebagai satu wabak yang merebak dengan pesatnya dikalangan belia bukan sahaja di bandar malahan juga di luar bandar telah diresapi oleh gejala buruk ini.

Penagihan membawa kesan yang buruk kepada kesihatan mereka yang terlibat. Hakikat yang nyata ialah penagihan yang berleluasa di kalangan belia boleh menimbulkan kesan buruk dan negatif kepada masyarakat dan negara. Negara mengalami kejadian-kejadian jenayah serta kerugian harta benda dan kehilangan daya pengeluaran dari sumber tenaga manusia yang begitu besar dan terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak bagi mengawal dan mencegah masalah ini. Sesungguhnya penagihan dadah di negara ini telah melahirkan kesan negatif yang boleh membantutkan pembangunan sosio-ekonomi, melemahkan ketahanan dan mengancam keselamatan negara sekiranya kawalan rapi dan berkesan tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Malaysia telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama Negara dan ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala najis dadah dari terus berleluasa. Punca permasalahan dadah pada hari ini semakin rumit dan melibatkan orang dewasa, golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memainkan peranan dan tanggungjawab bagi merancang sekaligus melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah-Sekolah Malaysia. Selaras dengan saranan kerajaan, SMK Taman Tuanku Ja’afar mengambil inisiatif merancang strategik jangka pendek seterusnya melaksanakan program PPDa di peringkat sekolah bagi memberi pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang bahaya pengambilan najis dadah terutama ‘dadah pembuka jalan’ iaitu rokok dan tembakau. Ramai pelajar yang mudah terdedah kepada bahaya pengambilan rokok dan tembakau.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa )
            Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah  diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
            Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
            Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

RASIONAL
            Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

PRINSIP & OBJEKTIF PPDa
 PRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
i.        Semua sekolah hendaklah melaksanakan program PPDa.
ii.      Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru dan kakitangan sekolah dan ibubapa.
iii.    Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehandak Falsafah Pendidikan Negara.
iv.    Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
v.      Pendidikan Pencegaha Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
vi.    Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah’.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
i.        Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
ii.      Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
iii.    Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
iv.    Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

1.5            PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG

BIDANG 1 : PENGURUSAN & KEPIMPINAN
1.         Perlantikan Jawatankuasa PPDa
2.         Membuat Rancangan Pendidikan Pencegahan Dadah
3.         Perkembangan Staf
4.         Program Gerak Sedar Bersepadu ( PROGRESS )
5.         Ujian Urin
6.         Minggu Antidadah

BIDANG II : KURIKULUM
1.         Mesej Jauhi Dadah
2.         PPDa dalam KBSM
3.         Ceramah Antidadah
4.         Pameran Antidadah

BIDANG III : KOKURIKULUM
1.         Skim Lencana Antidadah ( SLAD )
2.         Aktiviti Seni Jauhi Dadah
-          Dikir Barat / Boria Antidadah / Nasyid Antidadah
-          Poster Antidadah / Buku Skrap Antidadah
-          Penulisan Sajak / Deklamasi Puisi

BIDANG IV : PEMBENTUKAN SAHSIAH
1.         Kemahiran Personal & Interpersonal
2.         Kaunseling PPDa.
3.         Program Intervensi Pelajar ( PIP )
4.         Kolokium Kepimpinan PPDa
5.         Program Waja Diri
6.         Seminar PPDa
7.         Program Keibubapaan.

SISTEM KAWALAN / PELAN TINDAKAN PPDa

BIDANG I – PENGURUSAN & KEPIMPINAN
1.      PERKEMBANGAN STAF
Perkembangan Staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan keberkesanan PPDa di sekolah.

2.      PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU ( PROGRESS )
PROGRESS adalah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksana secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, ADK, PEMADAM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama Islam.

3.      UJIAN URIN
Ujian Urin pelajar merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan untuk mengesan pelajar yang disyaki mencuba dadah.

4.      MINGGU ANTIDADAH
Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa, manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti PPDa supaya hasrat kita menjadikan Sekolah Bebas Dadah akan tercapai.


BIDANG II – KURIKULUM
1.         MESEJ JAUHI DADAH
Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

2.         PPDa DALAM KBSM
PPDa dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tidak disampaikan sebagai satu mata pelajaran tetapi disepadukan dalam semua matapelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Kemahiran Hidup serta Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Unsur-unsur PPDa disampaikan melalui mata pelajaran berkenaan.

3.         PROGRAM CERAMAH ANTIDADAH
Ceramah Antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi dadah. Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.

4.         PAMERAN ANTIDADAH
Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.
BIDANG III – KOKURIKULUM
1.            SKIM LENCANA ANTIDADAH (SLAD)
Program ini merupakan satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.

2.            AKTIVITI SENI JAUHI DADAH
Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi PPDa yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.


BIDANG IV – PEMBENTUKAN SAHSIAH
1.            KEMAHIRAN PERSONAL / INTERPERSONAL
Usaha memberi kemahiran personal / interpersonal kepada pelajar merupakan aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri, bertingkah laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin cemerlang.

2.            KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Kaunseling PPDa berperanan untuk membantu pelajar yang telah dikesan terlibat dengan dadah. Pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling PPDa secara sukarela atau dirujuk.

3.              PROGRAM INTERVENSI PELAJAR ( PIP )
Program ini dilaksana bertujuan memantau dan membantu pelajar yang didapati positif urin.

4.            KOLOKIUM KEPIMPINAN PPDa
Kolokium PPDa merupakan program pengukuhan pendidikan pencegahan dadah di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang beketrampilan dan berkeupayaan menyampaikan mesej antidadah.

5.            PROGRAM WAJA DIRI
Program ini memberi focus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di kalangan murid.

6.            SEMINAR PPDa
Seminar PPDa merupakan satu pendekatan bagi memerangi najis dadah dalam PPDa.

7.            PROGRAM KEIBUBAPAAN
Program Keibubapaan merupakan pendekatan untuk menggembleng tenaga semua pihak termasuk ibubapa dalam usaha membanteras dadah. Usaha yang bersepadu, berterusan dan penglibatan yang aktif ibubapa akan dapat mewujudkan kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap membenci dan menjauhi dadah.



 PENILAIAN
i.        Penilaian Program akan dilaksanakan sebaik sahaja selepas program selesai dijalankan.
ii.      Penilaian Keseluruhan Program akan di laksanakan selepas semua program tahunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual.

   TINDAKAN SUSULAN
i.        Mesyuarat Pengurusan akan di laksanakan sebanyak 2 kali setahun bagi memastikan perancangan program dapat berjalan dengan lancar.
ii.      Mesyuarat AJK Kecil akan di laksanakan mengikut program yang akan di laksanakan.
iii.    Semua program yang dijalankan mestilah didokumentasikan.
iv.    Pemantauan & Penilaian Program oleh Pengerusi & Naib Pengerusi Jawatankuasa Unit HEM. 
 





Sunday 29 May 2011

Minggu Anti Dadah 2010 SMK Taman Tuanku Jaafar.

PENGENALAN


Minggu Anti Dadah merupakan satu program yang dirancang oleh J/K PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH bagi mewujudkan rasa bertanggungjawab warga pendidikan khususnya di SMK. Taman Tuanku Ja’afar dan memperkasakan semangat permuafakatan dalam memerangi dadah dan rokok habis-habisan.


RASIONAL


Alam persekitaran di luar kawasan sekolah pada masa ini  sangat tidak sihat dan tidak selamat serta banyak mengundang pengaruh negatif seperti penyalahgunaan najis dadah dan rokok yang boleh merosakkan masa depan dan kesejahteraan diri seseorang pelajar.

OBJEKTIF


3.1 Menyahut seruan negara “Perangi Dadah Habis-Habisan dan Sekolah Bebas
     Dadah 2012”.
3.2 Memberi kesedaran kepada warga SMK. Taman Tuanku Ja’afar tentang
     bahaya penyalahgunaan dadah.
3.3 Memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai cara mengelakkan
     diri dari terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang akan merugikan masa    
     depan pelajar, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
3.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai sikap dan pendirian yang teguh dan
     dapat menilai baik buruk sesuatu tindakan khususnya dalam hal-hal yang
     berkaitan dengan dadah dan rokok.
CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI


Tarikh                      : 5 April - 9 April 2010 (Isnin – Jumaat)
 Masa                       : 8.00 pagi – 5.30 petang.
 Tempat                      : Tapak Perhimpunan/Ruang Legar SMKTTJ
                                
 Pengisian Aktiviti :
4.1          Ceramah Narkotik-Polis- AADK
4.2          Ceramah Isu Remaja-Motivasi.
4.3          Ceramah Penjara.
4.4          Tayangan Video (Kuiz) – Penagihan Dadah & HIV/AIDS.
4.5          Pameran berkaitan Dadah & HIV/AIDS, Penjara, Narkotik
              ADK dan PEMADAM.
4.6          Pembinaan Sudut PPDa dalam kelas.
4.6          Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah.
4.7          Dokumentasi Buku Skrap Anti Dadah – PRS.
4.8          Pertandingan Esei (Bahasa Melayu).
4.9          Pertandingan Esei (Bahasa Inggeris).

SENARAI JAWATANKUASA


Pengerusi                  : Pn. Hjh. Zaleha bt. Siran
                               (Pengetua SMK Taman Tuanku Ja’afar)

Timb. Pengerusi      : Tn. Hj. Zakaria b. Ismail
                                (GPK  HEM)
Penyelia Petang       : En. Kalai
Timb. Pengerusi I    : En. Akashah b. Ismail
                                (GPK AKADEMIK)
Timb. Pengerusi II  : Pn. Hjh. Zainab bt. Mohd. Nasir
                                (GPK KOKU) 
Setiausaha              : Pn. Noor Azian Abd. Hani

Pen. Setiausaha       : En. Azmi b. Abd. Aziz


Ahli Jawatankuasa Kerja Kecil :
             Dokumentasi                : Pn. Noor Azian Abd. Hani
  Sijil & Hadiah              : Pn. Nurmala bt. Hj. Kasdanon
            Peralatan & Siaraya       : Guru bertugas sepanjang minggu & PRS
              Persiapan Tempat/Ceramah : En. Paramasivam a/l Velaudan & PRS                                        


             Pertandingan Esei BM/BI    : Panitia BM/BI
            Buku Skrap                            : Pn. Nurmala bt. Hj. Kasdanon
 Melukis Poster                       : Panitia PSV
              Pameran                                : AJK PPDa


5.0         JADUAL PERLAKSANAAN :

TARIKH
MASA
AKTIVITI
TINDAKAN




MINGGU
01
21/3/11- 25/3/11
Isnin-Jumaat
21/3/2011 (Isnin)
7.20–8.30  pg


 22/3/2011 (Selasa)
11.00 – 12.30 tgh
11.00 – 1.30 tgh


23/3/2011
(Rabu)
2.00 – 3.00 ptg

24/3/2011
(Khamis)
2.00 – 3.00 ptg

Sepanjang P&P

Perhimpunan harian
Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.
Pengarah ACREDA, USIM - (Prof. Dr. Mohd. Halim Mohd. Hussin)
Sasaran – Semua Pelajar

Ceramah AADK – SPADA, USIM (Ting. 4)

Pameran – AADK  (Semua pelajar)


Ceramah  & Kuiz “Tirai Besi”- Penjara
(En. Mustakim) Timb. PenguasaPenjara Kajang


Taklimat SLAD – En. Salim Puteh



Pertandingan terbuka semasa P&P/luar P&P : ;
Bidang Bahasa :
Menulis Pantun (Ting. 1& 2)
Cerpen ( Ting. 4 & 5)
Pertandingan Pengucapan Awam
(Bahasa Inggeris - Ting. 3)
Program Mesej Anti Dadah 5 Minit
J/K PPDa
Sesi ptg (perhimpunan)

J/K PPDa





J/K PPDa
Ting. 1H/I/J


Semua PRS/SLAD



KP BM


KP BI

SLAD/PRS

MINGGU
02
28/3/11-1/4/2011
Isnin-Jumaat
 30/3/2011
(Rabu)
1.20 –2.30 ptg







 Ceramah : Dadah Dari Aspek Farmakologi – SPADA (kelompok berfokus)


Pertandingan terbuka  semasa P&P/luar P&P :
 Bidang Kemanusiaan :
Buku Skrap  ; berkumpulan – 3 org (Ting. 4)
Rekacipta Pamplet/Kad Berangkai ; berkumpulan – 3 org (Ting. 2) - Dadah Dari Perspektif Agama & Pandangan Ilmiah
Melukis Poster (Sesi Pagi)

Rekacipta Lagu / Lirik PPDa

Projek Khas : E-PPDa – SLAD & PRS
Sudut PPDa - UBK
Program Mesej Anti Dadah 5 Minit
Kelompok Berisiko
(Ting. 1 & 2)



KP Sejarah
KP Pend. Islam


KP PSV/Pend. Khas

KP Muzik

 (Sesi Pagi & Petang)
SLAD/PRS


MINGGU
03
4/4/2011-8/4/11
Isnin-Jumaat
7/4/2011


Ceramah PEMADAM, Seremban

Ceramah Kes Juvana/Salahlaku Pelajar – Chief Jusman

Pertandingan terbuka  semasa P&P/luar P&P :
Bidang Sains & Matematik :
Teka silang kata “Dadah Dari Sudut Kesihatan / Farmakologi”- sesi pagi
Rekacipta Pamplet/Kad Berangkai ; berkumpulan:
(3 org) Dadah Dari Perspektif Kesihatan – sesi petang
Program Mesej Anti Dadah 5 Minit
Ting. 2H/I/J



KP Sains





SLAD/PRS

MINGGU
04
11/4/11-15/4/11
Isnin-Jumaat


Pertandingan terbuka  semasa P&P/luar P&P :
Bidang Teknik Vokasional
Pembinaan Sudut PPDa dalam kelas – sesi pagi & petang
Rekacipta Model (Kitar Semula) – sesi pagi
LDK (Kelompok Berfokus)
Penilaian Program
Program Mesej Anti Dadah 5 Minit


KP ICTL

KP MPV
J/K PPDa
J/K PPDa
SLAD/PRS



MINGGU
05
18/4/2011
Isnin

7.20 – 8.00 pg


6.10 – 6.40ptg


   
  Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah :
Pengetua :
GPK Akademik – En. Akashah b. Ismail
Penyelia Petang – En. Kalai Selvam a/l Muniandi
Program Mesej Anti Dadah 5 Minit

Sesi pagi petang



SLAD/PRS